Friday, January 15, 2010

Graduan guru tiada kerja, IPTA dipersalahkan..


Institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah),
memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah" katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di SMK Megat Dewa, dekat Jitra semalam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya, penyelarasan perlu ada antara kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA.

Katanya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah penempatan berkenaan demi masa depan graduan terbabit.

"Saya menerima satu senarai yang mengandungi nama 20 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memilih program berkenaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah]) dan ada di antara mereka masih menganggur walaupun sudah hampir setahun tamat belajar," katanya.

Sementara itu, mengenai isu pendaftaran sekolah bagi anak-anak warganegara asing, Mohd Puad berkata masih ramai ibu bapa tidak memahami serta keliru dengan peraturan yang telah ditetapkan KPM.

Beliau menjelaskan, bagi warganegara Myanmar atau Rohingya yang mempunyai permit pekerjaan di negara ini, mereka boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, tetapi mesti berpendapatan melebihi RM3,500 serta mempunyai dokumen yang sah dan dikenakan yuran sebanyak RM120 bagi sekolah rendah, manakala RM240 untuk sekolah menengah.

Katanya, bagi pelarian atau pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) pula, mereka tidak boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, manakala bagi rakyat asing yang berkahwin dengan warganegara ini, dokumen pengesahan daripada ketua kampung atau penghulu sudah mencukupi, tetapi masih perlu membayar jumlah yuran yang sama.

- Bernama

Dari Malaysiakini :

Kesimpulan - Baik Bukak Kedai Sendri Jual Barang Daa.....

Saturday, January 9, 2010

Tazkirah Remaja: Perbuatan zina bunuh rasa malu

Bersama Zawawi Yusof

BUAT dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru.”

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.

Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.

Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.
Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

Saturday, November 7, 2009

Bila Anak Diajar Bermewah

Dari Utusan Malaysia

SAYA juga sependapat dengan Shareena yang kisahnya dipaparkan diruangan ini minggu lalu, tentang menghadapi masalah remaja kini, kerana saya juga mengahadapi masalah yang sama, ada empat orang anak berusia 8 hingga 14 tahun.

''Kerana risaukan keselamatan mereka, kami menghantar mereka ke sekolah rendah agama swasta bagi membolehkan mereka mendapat ilmu dunia dan akhirat.'' Demikian cerita Rozieyanti dalam emelnya.

''Namun saya dapati sebagai ibu bapa kita perlu bertindak lebih berhati-hati, kerana masalah mereka tetap sama. Kerana itu saya jadi ibu yang kedekut tidak memberikan mereka kemudahan handphone, saya jadi ibu yang jumud dengan tidak menyediakan kemudahan internet di rumah.

Sementara itu Dalila dalam e-melnya mengakui kehidupan remaja kini terlalu berbeza dengan zaman dulu. Semuanya kerana mereka terlalu dilimpahi dengan wang ringgit hinggakan mereka terdedah kepada budaya kuning.

''Walaupun ibu bapa telah memberi pendidikan agama yang terbaik, itu belum cukup untuk menjamin corak kehidupan mereka menjadi baik. Ini kerana mereka berpura-pura baik di hadapan ibu bapa, di belakang dialah raja.

''Saya dapati sikap mereka mula berubah ketika di tingkatan 2 atau 3. Perubahan mereka lebih mendadak setelah memasuki ke IPT .

''Sebagai ibu bapa kita hanya boleh berdoa agar keturunan kita terpelihara. Namun saya tidak bersetuju jika anak-anak sekolah diberikan telefon tangan. Kerana banyak perkara buruk boleh berlaku. Tak cukupkan kemudahan telefon awam yang ada di sekolah jika ada perkara penting perlu diberitahu kepada ibu bapa?

''Dulu saya ditawarkan oleh ayah telefon tangan tetapi saya tolak kerana saya mahu tumpukan ketika belajar. Saya mula ada telefon tangan bila masuk IPT,' katanya.

Sementara itu, Kamal dalam emelnya memberitahu orang yang sering merosakkan hidup anak-anak adalah ibunya sendiri. Contohnya isteri saya. Anak darjah 4 dah diberi telefon tangan, alasannya senang nak hubunginya kalau ada apa-apa terjadi.

''Rasanya tak ada apa nak jadi, sebab anak-anak pergi balik sekolah naik van. Kalau van rosak pemandu van akan hubungi kami. Tepat waktunya anak-anak balik rumah dan kita boleh telefon rumah pastikan kalau bimbang. Jadi apa perlunya telefon tangan?

''Pada saya semuanya kerana ego, bangga diri dan nak ikut gaya hidup kawan-kawan pejabat. Orang lain beri anak handphone dia pun nak ikut. Dua anak sekolah nak siapkan dua telefon tangan. Kalau boleh agaknya yang di tadika tu pun dia nak bagi telefon tangan. Puas saya nasihatkan tapi dia tak pedulikan.

''Lepas tu bila habis kredit kita pulak disuruh top-up. Saya tak pedulikan. Dia pandai beri jangan susahkan saya. Sekarang baru darjah 4 top-up seminggu mencecah RM20 itu belum masuk menengah lagi. Jadi siapa yang salah kalau anak-anak nak lebih daripada apa yang kita termampu untuk membesarkannya. Kerana salah kita sendiri.

''Itu baru telefon tangan, belum masuk kasut dan pakaian. Semuanya nak yang berjenama, tak ada 'brand' tak mahu pakai. Salah siapa, kalau bukan si ibu sejak kecil lagi ajar anak pakai pakaian berjenama. Itu belum ke sekolah menengah lagi!

''Kadang-kadang saya naik takut tengok perangai isteri saya, yang menyediakan segala-gala yang mewah untuk anak-anaknya yang masih kecil. Kerana saya bimbang sifat bermewah-mewah ini terbawa-bawa bila mereka dewasa nanti. Saya jamin tiga empat tahun lagi belanja hidup seorang anak saya akan meningkatan ratusan ringgit sebulan.

''Lebih parah duduk KL, gaya hidup anak-anak lebih hebat, tambahan bila mereka sudah berkawan, nak tengok wayang lah dan entah apa-apa lagi. Sebab itu kita perlu didik mereka berjimat cermat, bukan kedekut, tetapi hati-hati, sebab langit tak selalu cerah, kalau salah seorang dari kami tak berkerja apa nak jadi. Sakit! Sakit!

Terbaik

''Sebagai manusia saya tidak pernah minta yang buruk-buruk, tetapi kita mesti berhati-hati, sediakan payung sebelum hujan. Supaya kita tak kesal kemudian hari. Tapi isteri saya mempunyai pandangan berbeza, katanya sebagai ibu bapa kita mesti menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, bukan semuanya nak disekat!

''Bagi saya bukan sekat tetapi kita mesti berjimat cermat, supaya kita boleh menyediakan yang terbaik untuk anak-anak apabila mereka dewasa nanti, di samping melatih mereka tidak boros demi masa depan mereka sendiri.

''Saya tak salahkan isteri saya saja, malah sesetengah teman pejabat saya baik lelaki mahupun perempuan mempunyai perangai yang sama. Sedangkan pendapatan mereka termasuk isteri saya bukanlah banyak sangat. Tetapi nak bergaya bagaikan jutawan.

''Saya dah boleh agak dia mesti nak bagi anak-anak kereta bila besar nanti. Niat itu baik, tetapi dia mestilah dilatih berjimat cermat, kerana selagi anak-anak ini tak bekerja, mereka akan korek duit kita untuk mengisi tangki minyak mereka. Mampukah kita bila usia semakin tua nanti? Apabila tanggungjawab semakin besar?

''Satu lagi perangai isteri saya tak mahu berikan pakaian terpakai anak sulung untuk digunakan oleh adiknya. Bila pakaian tak muat terus buang. Beli baru. Sedangkan pakaian tersebut masih elok lagi, ia cuma tak muat lagi, mungkin adik-adiknya boleh pakai. Sifat membazir begini saya lihat jadi ikutan anak-anak kami. Suka membazir.

''Demikianlah juga perangai isteri saya berpakaian. Setiap bulan saya perhatikan ada saja pakaian baru. Itu belum masuk beg tangan, kasut, tudung dan sebagainya. Bila dah tak ada fesyen lagi tak mahu pakai, buang, atau diambil pembantu rumah. Apa salahnya berikan kepada saudara mara di kampung, mungkin ada yang berminat.

''Begitu juga tentang makanan, isteri saya memang tak tahu berjimat. Masak banyak-banyak tapi anak tak makan. Yang kenyang tentulah pembantu rumah atau tong sampah. Kesimpulannya perangai buruk anak-anak terpulang kepada didikan ibu bapanya sendiri. Kalau dari kecil sudah diajar hidup mewah, perangai itu menjadi lebih teruk apabila mereka meningkat remaja.'' Demikian cerita Kamal panjang lebar.

Memang tepat anak-anak bagaikan buluh, mereka boleh dilentur jika semasa rebung. Semuanya terpulang kepada cara ibu bapa mendidik mereka sejak kecil sama ada menjadikan mereka nasrani, yahudi atau muslim sejati. Jangan salahkan anak-anak bila mereka memberontak tak mendapat kehendak hati setelah remaja nanti.

Sunday, October 11, 2009

Bakal 10 Seksaan Wanita diceritakan oleh Rasululullah. .

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya. Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan :


(1) Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
  • mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
(2) Perempuan yang digantung dengan lidahnya
(3) Tangannya dikeluarkan daripada punggung
(4) Minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.

  • mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
(5) Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.
  • mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
(6) Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking .
  • mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala .
  • mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
(8) Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
  • mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
(9) Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai .
  • mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
(10) Rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.
  • mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Monday, August 31, 2009

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH.....Bawang Putih!!!!! Betul ke??



PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!
Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?
Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.
Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?
Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1) Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2) Perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3) Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......
Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah
Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin
Sekian terima kasih