Monday, May 25, 2009

Isteri Akhil Hayy nekad minta cerai


KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya.

''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.''

Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31.

Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya.

''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja.

''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailkan tuntutan meminta cerai awal bulan ini, dia ada meminta saya bersabar.

''Tetapi, saya tetap dengan keputusan untuk tidak lagi mahu bersamanya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhil, 40, dan Waheeda menjadi perhatian media sebelum ini lantaran gosip yang mempersoalkan mengenai status hubungan mereka berdua.

Menambahkan lagi kehangatan cerita, pelbagai pihak pernah mendakwa melihat kelibat mereka keluar menonton wayang bersama.

Mengulas lanjut, Maizawati berkata, kes tuntutan perceraiannya akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

''Sudah saya katakan, ini adalah keputusan saya. Saya juga mahu dia terima apa yang saya buat ini. Ahli keluarga saya pun memberi sokongan,'' jelasnya.

Ditanya mengenai penerimaan anak-anak terutama anak sulungnya yang berusia 16 tahun, Maizawati memberitahu bahawa kesemua enam anaknya hasil perkahwinan dengan Akhil sudah cukup matang dan memahami tindakannya itu.

''Anak sulung saya okey. Mereka sudah dilatih agar tidak ambil tahu sangat akan apa yang berlaku.

''Saya juga perlu mencari pekerjaan untuk menyara keluarga kerana sebelum ini saya tidak bekerja,'' katanya.

Jelasnya, selepas daripada ini, dia amat berharap agar Akhil berbahagia bersama pilihan hatinya dan tidak mengabaikan anak-anak.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk menghubungi Akhil dan Waheeda bagi mendapatkan jawapan berhubung hal berkenaan gagal selepas kedua-dua mereka enggan menjawab telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sumber : Utusan Umno

* Alahai Akil Hayy...bini sorang ni pun ko x pandai nak jaga.. Isteri dah cukup bagus, apahal pulak ko nak terkejar-kejarkan sangat si Waheeda tu. Dah tau masyarakat dah banyak gosip pasal ko, ko blah je la. Si Waheeda ni pun satu, dah tau Akil Hayy ni dah beristeri, jangan la duk dekat sangat... inikan pulak sampaila habis tengok wayang, boleh pulak dia naik kereta berdua-duaan dgn si Akil ni time nak balik.

* Kepada Akil Hayy, istigfar la banyak-banyak.. Yang ko terjun dalam sangat kat dunia hiburan ni apa kejadahnya. Contohilah artis macam Raihan, Dr Fazley ke...diorang ni dah banyak buat orang respek. Akhir kata, kah..kah..kah...padan muka...



Tuesday, May 12, 2009

Krisis Di Perak Slps 7Mei 09 : Bubar Dun je la...

Adehh..! Pening betul bila memikirkan apa yang telah berlaku di negeri yang aku lahir nie. Habis satu, satu pulak masalah yang timbul. Malu! Malu..!! Dah la bola pun asyik kalah. Bermula dari tragedi episod pertama yang dikatakan sebagai “rampasan kuasa” yang berlaku di Perak (mangkuk-mangkuk Bebas punya pasal la ni), puak BN terus cuba untuk meneruskan pemerintahannya, manakala puak PR pulak terus cuba untuk mempertahankan hak-haknya. Semasa perebutan kuasa ini, state secretary iaitu Abd Rahman Hashim dikatakan telah memainkan peranan yang penting untuk melumpuhkan kuasa si Nizar.


Gaduh punya gaduh, tiba-tiba pulak deme ni kena menghadapi pilihanraya kat Bukit Gantang. Mungkin ini petunjuk daripada Allah memberi isyarat bahawa satu-satunya masalah yang boleh menyelesaikan kemelut di negeri Perak ini hanyalah dengan pilihanraya. Dan ini terbukti, sokongan rakyat masih berada di tangan PR. Salam takziah diucapkan buat puak BN.


Sampailah peristiwa di “persidangan di bawah pokok” dan “7Mei 09” yang lalu, betul-betul telah meletakkan negeri Perak famous di mata dunia (cam riak la plak). Peristiwa ini sebenarnya telah meletakkan seribu sejuta kemaluan buat Negara Malaysia dan Pemerintahan Beraja itu sendiri khususnya buat negeri Perak.


Sehinggalah suatu saat dimana Mahkamah Tinggi telah membuktikan Nizar masih lagi MB Perak yang sah tapi telah ditangguhkan oleh Zambry melalui Mahkamah Rayuan. Nah! Ini menunjukkan bahawa sesungguhnya puak PR tidak mengamalkan undang-undang “rimba” seperti yang dicanangkan oleh Zambry. Jadi, siapa yang telah mengamalkan undang-undang “rimba” selama ini, ha..! Lu pikir la sendiri. Untuk menyingkirkan Nizar yang alim ini, puak BN seharusnya menyingkirkan beliau melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Nogori, dan bukannya di luar Dewan.


Selepas ini, Nizar mungkin akan membawa kes ini ke Mahkamah yang lebih Tinggi lagi (tingkat 188 kot) dan si Zambry akan ke Mahkamah Rayuan yang terpaksa untuk bertiarap memohon rayuan supaya kes beliau diterima. (haha.. sekadar iklan..sory). Jadi, isu perebutan hak milik serta kisah cabar mencabar ini akan terus berlanjutan sampai ke suatu tahap yang kita sendiri tidak menjangkakannya seperti yang berlaku baru-baru ini. Buat pihak media, laporkanlah apa yang sebenarnya yang berlaku serta seimbang dan jangan sesekali menyebarkan dakyah yang salah kerana sesungguhnya dosa yang ditanggung kemudian amatlah besar khususnya buat si Ketua Pengarang.


Kesimpulannya, hanya “pembubaran Dun” sahajalah yang mampu menamatkan krisis ini. Dengan ini, patik ingin memohon perkenan Tuanku agar dibubarkan sahaja Dun negeri kita ini. Buat puak-puak BN, jangan takut menghadapi pilihanraya jika anda rasakan anda mampu merealisasikan slogan “Malaysia Boleh”. Buat puak-puak PR, saya ingin mengucapkan “Manjadda, Wajadda”. Sekian.


*Sekadar coretan kosong. Sebab dah tension sgt dah nie…

Monday, May 11, 2009

Lelaki yang ditarik Perempuan ke dalam Neraka

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita
, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?? hAHA...